AKU HANYA INSAN BIASA YANG SERING MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN DALAM HIDUPKU...

Sunday, January 22, 2012

CINTA TIDAK PERLU BERSEBAB...

Cinta tidak perlu ada sebab....
Cinta lahir dari hati yang ikhlas....



Saya terima awak seadanya...
Kadang kala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang....
Namun begitu, Ia boleh dirasai dalam hati.... <3

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 3, 2011

Di Jalan Dakwah, Aku Bernikah...

Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"


"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 26, 2011

Ya Allah, Hadirkanlah Cinta Syurga Untuk HambaMu

Ya ALLAH...


damaiknlh hati yang gundah ini...
sungguh,ak tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik..
Kau Maha Tahu akan isi hatiku...
sampaikn rasa cinta ini pada dirinya...
aku takut,apakah cinta ini akan diterima...
kerana aku hanya insan biasa...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 17, 2011

Hargailah Sahabat Kamu Dan Hargailah Pengorbanannya....

Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. Tp, jika esok masih ada untuk kita tp sudah tiada esok lagi pada rakan kita. Kita akan membaca kembali email dan sms yg dikirimkan, dan mula bertanya kenapa kita tak menghargai kehadirannya dlm hidup kita. Walaupun kadang2, kawan akan berkata tak apa aku faham. Tp adakah kata2 itu membolehkan kita mengabaikan sebuah persahabatan.

Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama sahabat? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?

Suatu ketika dulu, 2 sahabat terpisah kerana salah seorang darinya melanjutkan pelajaran. Tp, setiap kali pulang ke kampung untuk beraya mereka akan bertemu dan berjanji untuk bertemu lagi setiap kali raya menjelma. Namun, esok tidak seindah yg dijangka. Seorang sahabat telah dijemput pulang, seorang lagi perlu meneruskan kehidupan. Maka raya akan dtg menemukan insan bernama sahabat bersama batu nisan. Tiada lagi janji utk pulang pada tarikh yg sama, dia tetap di sana menanti sahabatnya mengirimkan doa dan suatu masa nanti dia di sana menanti sahabatnya pulang jua.

Untuk sahabat yg telah tiada, marilah kita kirimkan Al-Fatihah pada mereka2 yg telah kembali lebih awal dari kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Jadi, sesiapa yg masih bernyawa sehingga ke hari ini (termasuk aku), tundukkanlah diri ketika berjln di bumi ini kerana sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk bermegah dgn nikmat dunia yg sementara ini. Sesungguhnya di sana adalah yg kekal abadi.Kepada yang mengenali diri ini...ampun dan maap dipinta...andai pernah mengguris hati kalian semua..Sebelum menamatkan penulisan untuk kali ini...ada satu kata2 yang saya nak sampaikan buat kalian yang membaca penulisan ini.Kata2nya berbunyi begini:-MENCIPTA SATU PERKENALAN SANGAT MUDAH,UNTUK MENGINDAHKANNYA ADALAH AMAT SUKAR...OLEH ITU,KENANGLAH SATU PERKENALAN ITU KERANA IA SATU KEBETULAN YANG TAK BOLEH DILUPAKAN...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, August 13, 2011

Wanita Solehah Penyeri Taman Syurga...

Seorang wanita umpama sekuntum bunga ditaman
Segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun,
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah..
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
SEINDAH MAWAR BERDURI..


Andai dilihat dalam sirah perjuangan Islam,berdirinya seorang raja kerana dibelakangnya seorang wanita..gagahnya seorang perwira kerana di sisinya seorang srikandi…Islam juga memberi kedudukan dan penghormatan yang tinggi kepada wanita sehinggakan ada satu surah khusus, AnNisa..(wanita).. Subhanallah, …lembut dan sopan wanita bukanlah satu kelemahan tetapi satu kekuatan..bersyukurlah kamu dijadikan wanita,nadi seorang parajurit..kerana telah dikurniakan ALLAH pelbagai keistemewaan kepadamu..

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.



5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




kerana aku
tak sehebat Khadijah
yang begitu sempurna…
kerana aku
tak setabah Rabiatul Adawiyah
yang begitu setia dalam sengsara…..
kerana aku jua
tak sekuat dan seteguh Sarah,
apatah lagi secantik Balqis
malah kasihku jua tak setulus Zulaikha…
maka bantulah aku Ya Allah mencari keredhaan

di sisiMu..ameen

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 24, 2011

MANISNYA UKHUWAH KERANA ALLAH…

Assalam wbt..

ya Allah, ya Rabbi..sebaknya rasa di hatiku malam ini...terasa ingin menitis air mataku...ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..syukur ku padaMu tidak terkata lagi..alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu padaku dari segala sudut hidupku....syukranlillah...

manisnya ukhuwah dapat kurasa..walaupun berjauhan, tapi di hati terasa dekat sekali....
wahai sahabatku, setelah ku nukilkan kata-kata buatmu, air mataku jua terasa ingin menitis, sebelum kau katakan begitu padaku...aku menyayangimu kerana Allah s.w.t

warkah buat sahabat-sahabatku yg dirindui selalu,

terbayang2 di mataku, wajah sahabat2ku yang disayangi kerana Allah s.w.t....
setiap langkah perjuangan yang kita lalui bersama-sama....
setiap saat kita tertawa bersama...
teringat waktu kita menangis bersama, kita bersedih bersama....
saat ku terjatuh, sahabat-sahabat membantuku...
saat ku terleka, kalian mengingatiku....
saat aku resah, kalian menenangkanku....

sungguh menyedarkan diriku erti persahabatan yang sejati....
yang tulus ikhlas kerana Allah...
kerana niat kita sama-sama cari redha Allah s.w.t......

semoga persahabatan ini diredhai, diberkati Allah...ukhwahfillah abadan abada...insyaAllah.

ya Allah sayangilah sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai padanya,
sayangi dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dengan kata2 sahaja..kerana Engkau punya segalanya yang aku tidak punya.kerana aku selalu ingin mereka menjadi sahabatku, di dunia, dan berharap bertemunya di syurga..AMIN,AMIN ya Rabbal A'lamin...


LAUTAN MAHABBAH PENGIKAT UKHUWAH, KASIH BERSEMI MESRA ABADI, BEGITU INDAH UKHWAHFILLAH, WASILAH MENDAMBA CINTA ILLAHI, SEMOGA UKHWAH BERKEKALAN FI MARDHATILLAH....

Maafkan diriku andai tidak dapat menjadi sahabat yang baik buat dirimu...

Tinta dariku buat sahabat-sahabat yang dikasihi….

(selagi nadiku berdenyut, selagi akalku masih berfikir, pena ini akan terus menulis sambil melakar sebuah kisah..........)

Sekian, Wassalam~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 16, 2011

Aku Dambakan Seorang Wira, Bukan Lelaki Lemah...(Bahagian I)

Assalamualaikum...

Sebagai seorang Muslimah,
Kita berharap agar dapat seorang suami
Yang menyenangkan hati.
Seseorang yang dapat melindungi
dan mengarah kita menuju redha Allah…

Dengan ini, Ana akan cuba huraikan
Kriteria  calon suami yang di cadangkan dalam penjelasan berikut…


 1. Seorang jujur dan berterus terang.

Dari awal pembawaan ini harus pastikan dahulu,
apakah dia adalah seorang lelaki yang jujur, atau bahkan sebaliknya. 
Dari mukanya dapat dinilai seseorang yang jujur atau tidak. 
Dari cara dia berkata-kata juga dapat ditentukan apakah dia seorang yang jujur atau tidak. 
Sejak awal kita harus peka dengan sifat ini kerana 
kejujuran seorang lelaki adalah hal yang sangat jarang-jarang berlaku untuk masa kini. 
Apabila dia memang orang yang jujur, 
dia tidak hanya akan mengutarakan kebaikan-kebaikannya selama ini, 
namun juga kelemahan dan keburukannya ketika akan melamar anda.

2. Menghormati wanita.

Di mata wanita, tentu wanita yang matang, bukan wanita muda, 
juga wanita yang sudah bersedia untuk berkahwin, 
mendambakan seorang lelaki yang ideal dan sangat sederhana. 
Dia hanya perlikan seorang lelaki yang mampu membuat wanita selesa, 
membahagiakan secara batin (bukan visual, ketampanan misalnya), 
dan kata-kata. Memiliki sikap hormat, tidak merendahkan, 
tidak juga melecehkan meskipun dia lebih cerdas dan lebih memiliki kemuliaan yang lain. 
Seorang lelaki yang benar-benar tahu bagaimana memperlakukan seorang wanita. 
Menghormati secara professional dan tidak berlebihan. 
Dia tidak memandang wanita sebagai objek seks namun menghormatinya dengan baik.

3. Seorang lelaki yang tegas.

Tegas bukan bererti keras kerana ketegasan tidak perlu ditunjukkan dengan kekerasan. 
Wanita akan lebih ‘tunduk’ dengan lelaki yang tegas, 
mampu mengambil keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. 
Dia dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga. 
Tidak sebaliknya, selalu menurut, ragu membuat keputusan dan selalu takut mengambil risiko. 
Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga, 
dia tidak dapat mengambil kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan sendiri dan harus komitmen dengan keputusan-keputusan yang dia buat.

4. Lelaki yang tidak malu untuk meminta maaf

Seorang lelaki memang dikenali sebagai kaum yang keras kepala 
dan tidak mahu meminta maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, 
tidak banyak lelaki yang dengan sukarela mengatakan, 
“Aku minta maaf, aku bersalah…” 
Ego mereka sangat tinggi sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf. 
Bahkan pada keadaan tertentu, 
kadangkala meminta maaf akan dilakukan bila sudah tidak ada lagi pilihan. 
Lelaki jenis ini akan membuat wanita bertahan dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya. Sayangnya para lelaki muda dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini. 
Lelaki jenis ini biasanya sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan tidak mungkin didapatkan cintanya.

5. Cergas menguasai banyak hal.

Tipikal orang yang cerdas dan menguasai banyak hal adalah tipikal lelaki yang menyenangkan. 
Dia selalu mudah bila diajak bersembang hingga berjam-jam. 
Sifat ini akan mengundang kekaguman para wanita, 
kerana mereka merasa tidak banyak tahu tentang berbagai hal. 
Setiap kali bertanya, dia selalu dapat menjawab. 
Jawapannya bahkan tidak hanya beberapa perkataan saja, 
tapi sudah cukup untuk membuat kita terpesona. 
Meskipun tidak memiliki ketampanan luar biasa, 
lelaki jenis ini banyak peminatnya. 
Kejeniusan dia cukup membuatnya mampu menakluki hati para wanita. 
Bak kamus berjalan, dia tahu banyak hal dari apa yang dia baca, 
lihat dan kaji selama ini.
Namun bila ternyata tidak menguasai banyak hal, 
seorang lelaki juga cukup dikagumi apabila dia mahir dalam satu bidang tertentu. 
Kemahiran dan kecerdasannya pada bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.

(selagi nadiku berdenyut, selagi akalku masih berfikir, pena ini akan terus menulis sambil melakar sebuah kisah..........)

Sekian, Wassalam~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed