AKU HANYA INSAN BIASA YANG SERING MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN DALAM HIDUPKU...

Wednesday, August 17, 2011

Hargailah Sahabat Kamu Dan Hargailah Pengorbanannya....

Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. Tp, jika esok masih ada untuk kita tp sudah tiada esok lagi pada rakan kita. Kita akan membaca kembali email dan sms yg dikirimkan, dan mula bertanya kenapa kita tak menghargai kehadirannya dlm hidup kita. Walaupun kadang2, kawan akan berkata tak apa aku faham. Tp adakah kata2 itu membolehkan kita mengabaikan sebuah persahabatan.

Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama sahabat? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?

Suatu ketika dulu, 2 sahabat terpisah kerana salah seorang darinya melanjutkan pelajaran. Tp, setiap kali pulang ke kampung untuk beraya mereka akan bertemu dan berjanji untuk bertemu lagi setiap kali raya menjelma. Namun, esok tidak seindah yg dijangka. Seorang sahabat telah dijemput pulang, seorang lagi perlu meneruskan kehidupan. Maka raya akan dtg menemukan insan bernama sahabat bersama batu nisan. Tiada lagi janji utk pulang pada tarikh yg sama, dia tetap di sana menanti sahabatnya mengirimkan doa dan suatu masa nanti dia di sana menanti sahabatnya pulang jua.

Untuk sahabat yg telah tiada, marilah kita kirimkan Al-Fatihah pada mereka2 yg telah kembali lebih awal dari kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


Jadi, sesiapa yg masih bernyawa sehingga ke hari ini (termasuk aku), tundukkanlah diri ketika berjln di bumi ini kerana sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk bermegah dgn nikmat dunia yg sementara ini. Sesungguhnya di sana adalah yg kekal abadi.Kepada yang mengenali diri ini...ampun dan maap dipinta...andai pernah mengguris hati kalian semua..Sebelum menamatkan penulisan untuk kali ini...ada satu kata2 yang saya nak sampaikan buat kalian yang membaca penulisan ini.Kata2nya berbunyi begini:-MENCIPTA SATU PERKENALAN SANGAT MUDAH,UNTUK MENGINDAHKANNYA ADALAH AMAT SUKAR...OLEH ITU,KENANGLAH SATU PERKENALAN ITU KERANA IA SATU KEBETULAN YANG TAK BOLEH DILUPAKAN...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments: