AKU HANYA INSAN BIASA YANG SERING MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN DALAM HIDUPKU...

Friday, November 2, 2012

Sampaikan Salam Rinduku Padanya Ya Ilahi...

Assalamualaikum...haluu3..
lama sungguh tak update blog bersarang nie....
hurmmm...biasalah, orang busy la katakan...hehe~
oklah, agak2 korang apa yang akan aku tulis hari nie?
ha'ha'~ jeng3............

acah jerrrr... :p
aku takda apa2 sebenarnya nak stoly moly (story)...
cuma aku nak luahkan yang aku rindu sangat2 dengan sahabat
aku Nabila Syafika bt Jalal (Bella)...
hehe...biasalah bila EGO menguasai diri,
beginilah jadinya...kadang2 aku rasa aku
yang bersalah dalam setiap perkara yang berlaku 
antara kami (betul ke?) hurmm, entahlah...
aku pun dah pening dan bertambah2 bengong lagi
ialah dengan adanya assignment, aktiviti persatuan GPTD,
dan Xpdc Ibn Battutah (ke Aceh) ...


Allah....
rinduku padanya (Bella)
hanya Engkau Maha Mengetahui....
subhanallah...
sampaikan salam rinduku padanya Ya Allah...
berkati hidupnya dan lindungilah dia dari bahaya dunia...
Kau sinarilah hidupnya dengan kebahagiaan...
dan jangan Kau hilangkan ingatannya terhadap
diriku yang sentiasa merindui
dirinya sebagai sahabat dalam hatiku...
UHIBBUKI FILLAH SAHABAT ! <3

Amin ya Rabb T_T

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 26, 2012

KETIKA DIRI TIDAK DIHARGAI...


Tidak semua manusia mampu menghadapi tekanan apabila diri dihimpit resah taktala terasa diri semacam tidak dihargai lagi.  Sungguh betapa sukar untuk menerima hakikat ini hingga ada yang kecewa, sengsara dan derita. Memikirkan diri tidak dihargai lagi bukan sahaja gerak langkah yang kita aturkan semakin sumbang dan tak bermaya bahkan ia akan membunuh semangat diri kita. 

Hidup akan jadi tidak berkeyakinan lalu sampai bila? bukankah hidup ini terlalu singkat, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Ruginya hidup kita bila terlalu banyak bermainan dengan perasaan, alpa serta khayal memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ramai manusia bila kecewa atau sengsara akan membawa hati yang lara terlalu jauh dari kehidupan ini. Duduk di dalam dunia ciptaan sendiri  walhal dunia itu hanya dunia angan-angan yang tidak wujud!.  

Apa keberhasilan yang kita perolehi disebalik semua itu? sedangkan alam yang diciptakan oleh Allah Ta’aala terlalu banyak nikmatnya untuk dinikmati. Tidak semestinya makan itu nikmat, minum itu nikmat, bercinta itu nikmat, kahwin itu nikmat, keluarga itu nikmat bahkan seluruh isi alam ini terlalu penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu kita hitung!. Jadi, mengapa rasa diri tidak dihargai...cuba renung dalam diri kita. Apakah kita tidak sadar bahawa kita punyai harga diri? Kita punyai kelebihan dalam diri kita, keunikan yang tidak mungkin ada pada orang lain.

Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita, padamkan-lah dalam kamus diri kita. Hargailah diri kita, tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri. Pasakkan dalam hati kita, keyakinan dan  pohonlah hidayah dari Allah, semoga terlimpah dalam jiwa. Mudah-mudahan bila kita membuka mata nanti, kita tidak akan lagi nampak keresahan, kekecewaan sebaliknya kekuatan, kesungguhan kita melangkah alam ini dengan penuh bertenaga. 

Ingat dunia ini tidak akan berubah tetapi mata hati kita yang mulai berubah. Pandanglah ke hadapan bahawa kita punyai matlamat yang lebih penting lagi untuk kita tempuhi. Kembara hidup kita masih lagi jauh, jauh bukan bererti alam ini atau kita hidup ke penghujung usia. Tetapi alam seterusnya masih ada dan masih belum kita lalui. Dunia ini jambatan akhirat maka persiapkanlah diri dan janganlah terlalu lama memandang hal-hal yang remeh dalam kehidupan ini. Gunakan segala setiap ruang dan kesempatan hidup kita serta manfaatkan 
usia yang Allah kurniakan untuk kita berbakti dan menabur jasa di alam ini. 

Jangan mengharapkan balasan tetapi ikhlaslah dalam perjuangan hidup ini. Masa tetap akan berjalan dan begitu pantas sekali hingga kita tidak mampu memintas masa yang cepat berlari. Maka kejarlah kehidupan ini dengan matlamat yang jelas, teladan yang baik pedoman yang lengkap dan jalan serta perjuangan yang mantap!. Gunakanlah kesempatan ini selagi mana Allah tentukan buat kita sebelum kesempatan ini tertutup. Seorang ulama pernah berkata ‘ Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang subur untuk menanam benih syurga’.

Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 24, 2012

WANITA YANG SEDERHANA...

✿..Indahnya jika dapat jadi WANITA YANG SEDERHANA yang BELAJAR mencintai Allah, belajar mencintai Rasulullah, dan belajar mencintai akhirat..ditambah lagi jika ada "PENDAMPING" yang sama-sama belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI, menjadi terindah dan sangat TERINDAH pada pandangan Ilahi, subhanAllah..✿~


>>> Ya Allah..IZINKAN aku, izinkanlah aku jadi wanita sederhana..yang MENCINTAI AKHIRAT, kabulkanlah..amin ya Allah, amin..♥♥

p/s : Bila berjalan seorang diri, TERSENYUM DI HATI..terasa indah kerana ada yang sedang "MEMERHATI" diri ini iaitu PENCIPTAKU, Maha Cinta..:)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 22, 2012

DOA BUAT BAKAL IMAMKU

♫•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫


•●❤ Ya Rabbi, Jika cintaku kau ciptakan untuk dia, Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya, Sucikan cintanya, Lembutkan rindunya..

•٠•●❤ Ya Rabbi, Jika hatiku kau ciptakan untuk dia, Penuhi hatinya dengan kasihmu, Terangi langkahnya dengan nur-Mu, Bisikkan kedamaian dalam kerisauan, Temani dia dalam kesepian.

•٠•●❤ Ya Rabbi, Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya, Resapkanlah rinduku pada rindunya, Mekarkan cintaku bersama cintanya, Satukan hidupku dan hidupnya Dalam cinta-Mu.. Kerana..aku sesungguhnya mencintai dirinya kerana-Mu, Amin Ya Rabbala’lamin….

♫•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CINTA TIDAK PERLU BERSEBAB...

Cinta tidak perlu ada sebab....
Cinta lahir dari hati yang ikhlas....



Saya terima awak seadanya...
Kadang kala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang....
Namun begitu, Ia boleh dirasai dalam hati.... <3

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 3, 2011

Di Jalan Dakwah, Aku Bernikah...

Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"


"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 26, 2011

Ya Allah, Hadirkanlah Cinta Syurga Untuk HambaMu

Ya ALLAH...


damaiknlh hati yang gundah ini...
sungguh,ak tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik..
Kau Maha Tahu akan isi hatiku...
sampaikn rasa cinta ini pada dirinya...
aku takut,apakah cinta ini akan diterima...
kerana aku hanya insan biasa...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed