AKU HANYA INSAN BIASA YANG SERING MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN DALAM HIDUPKU...

Friday, May 13, 2011

Masih Belum Ku Temui Itu....

Assalamualaikum…

Rasanya, memang sudah lumrah hidup aku
Suka bercerita tentang diri dan erti persahabatan…
Bagi diri aku, persahabatan yang di bina atas dasar ukhuwwah fillah
InsyaAllah akan kekal buat selamanya…

Semua ini bukan bererti aku membelakangkan keluarga…
Tapi bagi aku, sahabat lebih dekat dengan diri aku
Dan aku lebih senang dengan adanya sahabat disisi…

Tapi…………..
Aku tahu…bukan semua sahabat itu sempurna
Termasuklah diri aku yang tidak cukup sempurna untuk sahabat aku…
Sahabat???aku sendiri tidak pernah tahu
Adakah aku mempunyai sahabat @ tidak…

Ini semua kerana sahabat
Hanya singgah sementara dalam hidup aku…
Tidak pernah kekal…aku kena sedar itu…
Sahabat yang aku sayang hanya hadir sementara…
Dan bukan selamanya…

Tapi orang kata, sahabat akan selalu ada
Dan akan setia selamanya…
Nampaknya, aku belum temui itu…
Mungkin juga ini ujian dari Allah agar aku sentiasa
merubah diri untuk menjadi yang terbaik untuk manusia yang
bergelar sahabat…

Aku cuma ada kawan…
Abang E-jarn cakap, KAWAN tidak sama dengan SAHABAT…
Dalam hati aku tertanya-tanya sendirian…
Kenapa tidak sama???

Ini Abang E-Jarn


Abang E-jarn sebahagian sumber inspirasi  aku dalam
melayari onak dan duri kehidupan ini....


Abang E-jarn kata, KAWAN akan datang dan pergi begitu sahaja….
Tapi SAHABAT akan ada selalu dengan kita,
Selalu ada itu maksudnya saat kita perlukan dia
Saat gembira, suka, tawa, duka dan saat tangisan menghampiri…
Dan akan sentiasa tahu kita sangat merindui dia…
(chemistry)
Dan dia juga akan merasakannya……

Jauh dari sudut hati aku berfikir dan mulai menyedari,
Aku belum temui itu……………….

(selagi nadiku berdenyut, selagi akalku masih berfikir, pena ini akan terus menulis sambil melakar sebuah kisah..........)

Sekian, Wassalam~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments: